Friday 30 November 2012

Mengeja perkataan kvkv


Assalamualaikum salam sejahtera semua…

Hari ni saya nak tambah lagi satu lembaran kerja untuk KV + KV.  Kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah jadikan sebagai bbm di sekolah…Sama-samalah kita berkongsi ilmu yang dimiliki…Insyaallah..


Tuesday 27 November 2012

Terima kasih..


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Terima kasih buat rakan-rakan yang telah join blog ini..komen yang diberikan amatlah dihargai

Terima kasih..

Monday 26 November 2012

Mengisi suku kata awalan



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Apa khabar semua? Hari ini saya ingin menambah satu lagi bahan bantu mengajar iaitu lembaran kerja KVKV. Sebarang pandangan dan komen amatlah diharapkan dan dihargai…Terima kasih..


Thursday 22 November 2012

Menyatukan dua suku kata menjadi perkataan KV + KV

Assalamualaikum semua..
Hari ni saya nak tambah sedikit BBM berkaitan perkataan KV + KV. Diharap BBM ini akan dapat membantu rakan-rakan untuk digunakan dalam P & P.




Sunday 18 November 2012

Perkataan KV + KV

Objektif
Pada akhir pelajaran murid dapat;
  • menyebut nama benda dengan perkataan KV + KV yang betul.
  • menyatukan dua suku kata menjadi perkataan yang bermakna berdasarkan suku kata KV + KV
  • mengeja perkataan KV + KV
  • menulis perkataan berdasarkan gambar dengan betul
Isi kandungan
  • menyebut nama benda dalam gambar yang ditunjukkan oleh guru.
  • menyatu dan memadankan dua suku kata berdasarkan gambar.
  • mengisi suku kata awalan atau akhiran yang tertinggal berdasarkan gambar.
  • menulis perkataan berdasarkan gambar.
  • membina, membaca dan menulis perkataan dari kad suku kata.
Aktiviti
  • paparkan gambar dengan perkataan KV + KV.
  • menyebut ceraian kad-kad suku kata KV.
  • memadankan kad-kad suku kata menjadi perkataan.
  • latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang dipaparkan.
  • menulis/mewarna gambar yang lengkap dengan perkataan KV + KV
  • membaca ayat-ayat mudah.
  • melengkapkan lembaran kerja atau menulis secara mekanis pada buku tulis.