Sunday 18 November 2012

Perkataan KV + KV

Objektif
Pada akhir pelajaran murid dapat;
  • menyebut nama benda dengan perkataan KV + KV yang betul.
  • menyatukan dua suku kata menjadi perkataan yang bermakna berdasarkan suku kata KV + KV
  • mengeja perkataan KV + KV
  • menulis perkataan berdasarkan gambar dengan betul
Isi kandungan
  • menyebut nama benda dalam gambar yang ditunjukkan oleh guru.
  • menyatu dan memadankan dua suku kata berdasarkan gambar.
  • mengisi suku kata awalan atau akhiran yang tertinggal berdasarkan gambar.
  • menulis perkataan berdasarkan gambar.
  • membina, membaca dan menulis perkataan dari kad suku kata.
Aktiviti
  • paparkan gambar dengan perkataan KV + KV.
  • menyebut ceraian kad-kad suku kata KV.
  • memadankan kad-kad suku kata menjadi perkataan.
  • latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang dipaparkan.
  • menulis/mewarna gambar yang lengkap dengan perkataan KV + KV
  • membaca ayat-ayat mudah.
  • melengkapkan lembaran kerja atau menulis secara mekanis pada buku tulis.

3 comments: